Perubatan Alternative

My photo
Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang, Malaysia
Phone number 0192851005(Buat masa ini berada diPulau Pinang)Cubalah Jika Diizinkan Allah...Klau nak tulis memang banyak tapi yang biasa orang jumpa Kak Nah lebih kurang macam nilah Banyak penyakit yang berunsurkan Sihir atau dikenali orang ramai (Buatan orang)Santau, Terkena minyak mati bunuh,Terkena ganguan Jin,dan sekutunya. Mengamalkan perubatan Tradisional Termasuklah.. Pengasih suami isteri, Minyak Cenuai, Barang Hilang(nak menilik), Lambat ketemu jodoh,Mandi Bunga,Nak masukkan Pendamping(Macam puterike,Datok,Panglima,dan sebaginya, Perubatan alam Ghaib(nak berhubung dengan penunggu atau Saka, Sakit terkena,(biasalah macam macam), Dan Macam macam lagi yang berkaitan dengan Perubatan Tradisional.Kak Nak hanya berusaha dengan sepenuh hati dan harus ingat hanya Allah sahaja yang mampu megubatinya..Ape ape pon kena berusaha dengan JalanNya

Gunung ledang

Gunung ledang

Saturday, October 31, 2009

Sejarah Puteri

Kisah Puteri Gunung Ledang termaktub dalam dua buku lama, iaitu "Hikayat Hang Tuah" dan "Sulalatus Salatin". Sulalatus Salatin lebih dikenali sebagai "Sejarah Melayu". Buku Sejarah Melayu adalah lebih lama berbanding Hikayat Hang Tuah.

Dalam Sejarah Melayu, Puteri Gunung Ledang dikatakan amat cantik hingga diingini oleh Sultan Mahmud dari Kesultanan Melaka. Pendekar yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Tuah, Tun Mamat dan beberapa orang lain. Semasa kecil, Hang Tuah berguru silat di atas Gunung Ledang dan biasa dengan jalan ke puncak Gunung Ledang. Akan tetapi kala ini, umurnya telah terlalu tua untuk ke puncak Gunung Ledang.
Dengan itu, Tun Mamat ditugaskan ke puncak dan menemui seorang nenek tua atau lebih dikenali sebagai nenek kebayan yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Ledang dikatakan menolak pinangan Sultan Mahmud dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
7 dulang hati nyamuk.
7 dulang hati kuman.
7 tempayan air mata anak dara.
7 tempayan air pinang muda.
1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.
Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan Melaka kecuali darah puteranya.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan yang meminang dengan Puteri Gunung Ledang bukannya Sultan Mahmud, tetapi Sultan Mansor Shah.
(Dalam karya agungnya Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu) Tun Sri Lanang mengisahkan tentang Sultan Mahmud yang setelah kematian isteri, berhasrat meminang Puteri Gunung Ledang. Baginda tidak mahu beristerikan puteri raja biasa kerana ia bererti sama dengan raja-raja lain. Baginda ingin tampil lain dari yang lain. Katanya, “…yang kita kehendaki barang yang tiada pada raja-raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang, kita hendak menyuruh meminang Puteri Gunung Ledang;…….” ).
Selain itu dalam Hikayat Hang Tuah, sahabat yang menderhaka ialah Hang Jebat. Akan tetapi dalam Sejarah Melayu, cerita Shellabear ialah Hang Kasturi.

1 comment:

  1. The King Casino Hotel | Jamul Casino & Spa
    The King Casino febcasino.com Hotel is apr casino set 1 mile south of Jamul Casino, 1 MPRC Blvd, Jamul, Georgia. View map. This casino offers a variety of https://jancasino.com/review/merit-casino/ gaming 토토사이트 options including goyangfc.com slots,

    ReplyDelete